Penduduk Kampung Stass berasal dari Jagoi Gunung. Penduduk Jagoi Gunung berasal dari Bung Bratak
Dari Gunung Jagoi, penduduk awal telah membuat penempatan baru yang dinamakan Kampung Gelombang, Kampung Stass (Tibawang Oma) dan Kampung Buan Kojah. Penempatan ini telah wujud waktu pemerintahan
Brooke selepas era “HEADHUNTING” pada lewat kurun ke 18.
Selepas beberapa ketika sewaktu wabak penyakit yang meragut ramai penduduk dari Kampung- kampung tersebut berpindah dan mewujudkan e penempatan baruseperti Plaman Blubai Ulu, Plaman Blubai Hilir, Kampung Stass (Tibawang Bauh) dan Kampung Ngironas.
Selepas itu, sebilangan dari penduduk kampung-kampung tersebut berpindah ke Plaman Kaiee, sebuah penempatan di Indonesia. Ada diantara penduduk awal dari Plaman Blubai berpindah ke Kampung Raso dan Kampung Selampit.
Pada awal tahun 1900, penduduk dari Kampung Stass (Tibawang Bauh) mula turun ke tapak kampung sekarang. Ketika itu kampung itu dinamakan Kampung Pelanduk daripada nama seekor pelanduk yang secara kebetulan pada waktu penduduk sedang menyediakan tapak perkampungan baru, seekor pelanduk terjun ke lubuk Sungai Ngironas pada ketika itu.
Nama Kampung Pelanduk tidak lama kekal. Nama Kampung Pelanduk ditukar balik kepada Kampung Stass – nama asal kampung.
Pada tahun 1963-1964, sewaktu berlakunya Konfrantasi Malaysia-Indonesia, semua penduduk dari Kampung Ngironas, Plaman Blubai Ulu, Plaman Blubai Hilir dan Plaman Kaiee mula berpindah balik ke Kampung Stass. Maka dengan perpindahan penduduk-penduduk dari empat buah penempatan ini, bilangan rumah dan penduduk kampung Stass semakin bertambah.
Nama Kampung Stass, berasal dari pokok belian( Eusideroxylon zwageri ) atau taas dalam bahasa bidayuh Jagoi . Pada masa pengujudan Kampung Stass, banyak pokok belian didapati di kawasan kampung.
Sebelum tahun 1965, penduduk kampung Stass berjalan kaki ke pekan Bau unuk mendapat bekalan asas harian mereka. Perjalanan ini mengambil masa sehari suntuk melimpasi kpg Serasot, kpg Bogag dan kpg Suba Buan.
Sewaktu konfrontasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1965, jalan “Sukarno” dibina oleh pihak Askar Australia melalui bukit-bukau yang berbengkang bengkok untuk mengangkut kelengkapan ketenteraan mereka. Perjalanan mengambil masa selama satu jam setengah untuk sampai ke pakan Bau pada waktu itu.
Pada tahun 2002, dengan siapnya jalan baru yang bertar, perjalanan ke Bau hanya memakan masa selama 20-30 minit sahaja.