Wednesday, February 17, 2010

Maklumat Am Kampung Stass, Bau.

Kampung Stass ialah sebuah perkampungan suku kaum Bidayuh Jagoi di Daerah Bau. Terletak 25 kilometer dari Pekan Bau yang hanya 3 kilometer dari sempadan dengan Kalimantan, Indonesia. Jalan berturap menuju Kampung Stass amat baik memudahkan perjalanan ke lokasi ini dengan selesa sekali. Tidak sukar menjejaki Kampung Stass kerana ia menggunakan jalan yang sama menuju ke Serikin bersebelahan dengan sempadan Kalimantan, Indonesia yang sering dikunjungi oleh pelawat dari jauh dan dekat dihujung minggu tempat membeli belah dan barang-barang yang dibawa masuk dari Kalimantan seperti Sambas dan tempat-tempat lain.

Bentuk topografi Kampung Stass adalah berbukit bukau dikelilingi muka bumi yang tidak rata berlatarbelakangkan Banjaran Udan ke barat daya menarik pemandangan sesiapa sahaja yang mengunjungi Kampung ini yang pesat berkembang sejajar dengan pembangunan yang terdapat di sini.Di sepanjang jalan ke kampung ini kita akan melewati sawah padi, padi bukit, kawasan Estet Mini Getah, kelapa sawit dan berjiran dengan Kampung Skibang, Kampung Sebobok dan Kampung Serasot.

1 comment:

  1. Hello saya afiq, saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah awal lokasi perniagaan sebelum serikin. Saya harap bole dapat kerjasama dari pihak En Simon.

    ReplyDelete